Saturday, November 10, 2012

Hari ini kita di dalam kereta menyusur ke Seremban
Menemani teman saya menghantar keretanya
Awak memandu dan saya pula disebelah awak
Hujan lebat membasahi bumi .

Saya pegang erat peha awak
Supaya tidaklah awak mengantuk memandunya
Awak toleh pada saya
Lalu awak memberikan senyuman
Cukup manis .

Setibanya kita di Seremban
Kita berdua beralih duduk di belakang
Awak baring diatas riba saya
Awak capai tangan saya
Lalu awak menciumnya dan berkata iloveyou
Sekali lagi ,
Ianya cukup manis .

Pulang ke Kuala Lumpur menaiki keretapi
Kita berlari lari agar tidak ketinggalan
Awak gelak saya pun gelak
Saya penat , awak heret tangan saya
Kita tertawa lagi .

Duduk didalam keretapi yang moden
Awak pandang saya
Saya pandang awak
Kita berdua diam
Tunguk .

Sekali lagi
Awak pandang saya
Saya pandang awak
Kita tertawa bersama sama
Oh , manis .

Tetiba awak capai earphone awak
Dan letakkan pada telinga saya
Saya dengar satu lagu , suaranya Arjuna
Sampai sekarang jadi peveret saya .

Awak bisik
" Ini lagu untuk awak
Lirik lagu itu menggambarkan bagaimana perasaan saya pada awak "
Lalu awak tersenyum
Waktu tu saya rasa macam terapung
Dalam hati saya ,
Ini yang paling manis !

*manis , sungguh manis :*

Monday, November 5, 2012



" KALAULAH "

Sayang saya pada awak sikit pun tidak berubah
sebab saya nampak masa depan saya hanya bersama awak
cara macam mana lagi harus saya tunjukkan kasih sayang saya pada awak
bila awak mengatakan awak tak nampak apa pengorbanan dan sebuah penghargaan saya pada awak ?

Kadang kadang saya benci dengan diri sendiri
saya nak jerit teriak semua ada
saya terlalu sayangkan siapa awak
tapi orang takkan faham apa yang saya rasakan..

Sekarang saya kena melangkah hidup seorang diri tanpa awak
awak tak tahu betapa peritnya hati saya tanpa siapa awak di sisi saya
awak tak tahu betapa peritnya hati saya tanpa genggaman awak di tangan saya
dan awak tak tahu betapa peritnya hati saya sekarang nak meluahkan semua ni kat awak
semua tu awak takkan tahu .

Janji janji yang dulu mungkin semua tu akan tinggal kenangan
tempat tempat semua akan jadi kenangan juga
tapi awak tetap akan menjadi kenangan perkara yang terindah dalam hidup saya
sakitnya rasa sayang tanpa awak .

Kalaulah boleh awak jadi milik saya selamanya
saya rasa saya manusia paling bahagia dalam dunia ni
dan semua itu kalaulah..

Sakit macam mana pun syaa akan tetap teruskan hidup ini
saya akan ingat kata kata awak selalu
dan saya akan menjaga diri saya sebaik yang mungkin
saya janji..
tapi,
awak pun janji tau lepas ni jaga diri sebaik yang mungkin tanpa saya ?

Macam mana pun saya akan sentiasa berada disisi awak
tak kisah saya masih hidup atau pun mati
saya sayang awak
awaklah yang terindah .

*saya harap awak akan rasakan sayang saya selama ini , amin .


" PERIT DATANG KEMBALI "

Kalaulah boleh aku nak tamatkan riwayat perasaan hati aku
aku tak nak dah ada hati pada sesiapa
biar aku tiada hati dan perasaan pada sesiapa
dan biar sesiapa tiada hati dan perasaan pada aku.

Sebab aku tahu, perasaan memang tidak boleh dipijak pijakkan
luka sedikit habis parah
kadang orang tak nampak apa pengorbanan dan sayang aku pada seseorang tu
aku nak salahkan siapa ? tuhan ? 
mana mungkin .

Aku tak tahu macam mana caranya lagi nak bagitahu yang aku benar benar sayangkan seseorang tu
nak ke aku beritahu pada dunia yang aku sayangkan dia ?
nak ke aku teriak dari bukit yang aku sayangkan dia ?
semua tu bukan jawapan
sebab apa yang aku katakan tidak akan sama seperti yang aku sayangkan siapa dia.

Aku baring dan pejamkan mata
dalam bisik hati aku memanggil nama kau
moga moga biar kau terdengar
betapa aku perlukan siapa kau .

Sekarang sekali lagi aku tersungkur
apa yang harus aku lakukan
aku takut untuk teruskan perjalanan tanpa kau
aku terlalu takut

perasaan perit tu datang kembali
aku takut
aku sakit
dan terlalu sakit untuk menghadapi semua ni

Tuhan,
andai benar dia jodoh aku
temukan dan satukanlah perasaan ini
andai benar dia bukan jodoh aku
aku redha.

*sakitnya T_T




" PENGORBANAN "

Aku rasa aku telah lakukan satu satunya pengorbanan yang paling besar dalam hidup aku
iaitu aku melepaskan seseorang yang benar benar aku terlalu sayang 
sayang tu hanya tuhan sahaja yang tahu 
hanya tuhan sahaja yang mengerti apa dalam lubuk hati aku ni.

Mungkin terlalu banyak kesilapan aku pada dia
mungkin aku betapa hina pada mata dia
mungkin kata kata dan perlakuan apa yang aku lakukan pada dia hanya perkara biasa
dan mungkin siapa aku sebenarnya ?

Kenapa susah sangat kita nak memiliki sesuatu itu menjadi milik kita ?
kenapa susah sangat aku akan menjadi milik dia ?
kenapa apa yang aku dan dia impikan susah nak dicapai ?
kenapa semua ni..

Hidup aku akan bergantung pada kata kata
andai ada jodoh tidak akan kemana
sebab aku tahu, aku akan tunggu kau sampai bila bila
sebab aku tahu aku tak nak rasakan perbezaan belaian seseorang lelaki melainkan kau

tuhan..