Saturday, December 29, 2012

RM SEBUAH HATI

dua tiga tahun lepas
hati aku ronyok dipijak-pijakkan
dan dihenyak sebegitu sahaja
oleh si peminjam hati yang tidak bertanggungjawab.

dan sekarang hati aku telah sempurna
untuk apa kembali setelah dipijak gadaikan?
berapa agaknya harga sebuah isi hati seseorang
untung saja aku tidak tuntut ganti rugi hati pada engkau
bersyukurlah.
KERNA CUMA KITA

cakap cakap orang
mungkin kita ini tidak akan kemana
cakap cakap orang juga
kita masih mampu bersama hingga kini

maka, kita pedulikan mereka
teruskan percaya
kerna yang tahunya cuma kita
yang fahamnya cuma kita.