Thursday, May 19, 2011

JIKA SAYA BILANG

jikalau hati saya bilang

yang saya sayang sangat pada anda
itu bermakna saya benar benar sayangkan anda .

jikalau hati saya bilang
yang saya cinta kan pada anda
itu bermakna saya benar benar mencintai anda .

jikalau hati saya bilang
yang saya rindu sangat pada anda
itu bermakna saya benar benar meridui anda .

jikalau hati saya bilang
yang saya benci pada diri anda
itu bermakna saya sebenarnya sayang , cinta dan rindu pada diri siapa anda sebenarnya .

*sayang sayang awak MR. JJ :)

Saturday, May 14, 2011

KITA YANG PENAKUT

hari ini kita pergi berbicara sedalam lumat lubuk hati kita

kita tanya pada diri apa yang sedang kita rasakan
kita tanya pada diri apa yang sedang bermain di dalam persekitaran kehidupan kita dan juga permainan dalam anak otak kita
cuba kita fikirkan kembali satu persatu dengan apa yang kita pernah lakukan .

hari ini kita pergi lari jauh semungkin
kita tak mahu memikirkan perkara yang bodoh dungu sekali lagi
kita jadi penakut
kita jadi pengecut
kita jadi pembohong
kita jadi menipu pada diri sendiri .

hari ini kita takut jika seseorang bertanya
hari ini kita takut jika seseorang itu mahu berkata
hari ini kita takut jika seseorang itu membuatkan kita tertanya tanya
hari ini kita takut jika seseorang itu membuatkan kita menyesal .

apa yang pasti ,
kita penakut .

takut .

takut .

dan terus takut .

*kita pengecut

Monday, May 2, 2011

MALAM

malam lalu saya selalu menemani awak
menerangi dunia malam awak
walau saya tahu saya tidak seindah bulan pernama
yang tidak bersinaran seperti bintang bintang menerangi malam .

saya cuba untuk membuatkan tiap masa itu menjadi erti
agar tidak ada masa kita yang akan membaziri
tiap baris perkataan kata kata awak
saya ingat sampai kini .

malam ini saya tidak menemani awak
tidak ada lagi dalam dunia kita
entah siapa yang akan menjadi pengganti
entah siapa yang akan berkelana .

saya cuba menipu diri sendiri
saya cuba menelan lumat dengan apa yang saya rasakan
hingga saya cuba mengunnyahnya hingga hancur
tapi ternyata semua itu tidak bisa .

jauh mana pun saya berlari
jauh mana pun saya bersembunyi
saya tidak dapat membohongi
yang saya tidak akan lupakan tentang kita
tiap detik tiap saat
tidak bisa .

awak , sini kemari
saya doakan agar ada seseorang yang akan menemani awak
agar ada yang jauh lebih baik dari saya
saya relakan , benar .
amin .

*pergi :')
LUMAT

demi tuhan,
saya tidak bisa menipu diri sendiri
dengan apa yang saya sedang rasakan di dalam dada ini .
kenapa saya merasakan betapa sakitnya ia
betapa tergores lumatnya sekali ?

saya cuba membuang perasaan ego di dalam diri ,
saya cuba tuk tidak menipu malah pada diri sendiri jua .
sepertinya ada sesuatu yang sedang mengalir
bercucuran air air yang membasahi hati .

bila di hening malam ,
selalunya ada menemani saya .
bila kita dah tiada apa apa
saya yang hanya bersendirian
pergi berbicara sama bulan malam .

benarnya perasaan rindu makin menjadi jadi ,
bila duduk keseorangan betapa hebatnya perasaan itu
betapa sebaknya di dalam dada
terasa seksa
saya tidak meminta semua ini
siapa yang minta ?

cuba tuk mengembirakan diri
tapi ternyata saya cuba membohongi diri
itu hanya palsu
tidak sama dengan apa yang sedang saya rasakannya .

robek .

*demi tuhan , sakitnya rasa .

Sunday, May 1, 2011

RINDU

sudah dua hari mata saya membengkak
tipulah kalau saya bilang tidak menangis
saya benci dengan keadaan begini
saya benci bila saya duduk keseorangan
mulalah saya akan memikirkan perkara itu .

kalau dia tahu bagaimana perasaan saya tika ini ,
hati saya rindu , hati saya nangis , hati saya sayang
semuanya pada dia saja
segala galanya berakhir dengan sebegitu sahaja .

sejak semalam mula episod tidak sihat
dia bilang pergi makan ubat
tapi saya tidak mahu
saya cuma mahu dia
dia lah ubat saya
saya rindu dia sebenarnya , dia tidak tahu .

hati ni terasa lain benar jika kita hilang dengan segala apa apa ,
pergi mana sini pun pasti akan merasakan pelik ,
terasa sesuatu yang entah
terlalu sukar rasanya mahu ungkapkan .

saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak ,
saya mintak maaf dari segi apa pun ,
saya cuba tuk memahami diri awak ,
tapi , hurm .

percayalah , secara benarnya saya sayang sangat dengan awak .
ikhlas .

*saya rindu awak . :'(