Wednesday, January 18, 2012

" KONDISI "

tuhan benar benar sedang menguji aku
nak melihat jauh mana kekuatan hati aku
nak melihat jauh mana kesabaran hati aku
tapi aku diam saja .

tapi bila makin aku diam
benda tu makin sering bermain main dalam fikiran aku
benda tu makin serinf bermain main dalam hati aku
apa semua ni ?

mungkin tuhan mahu aku mengetahui semua tu
mungkin tuhan mahu aku memahami semua tu
mungkin tuhan mahu aku melalui semua tu
dan mungkin juga tuhan mahu aku menguatkan hati untuk semua tu .

untuk apa yang lepas lepas yang telah terjadi dalam diri aku
aku tak pernah lemparkan kata kata kesat
aku tak pernah lemparkan kasih sayang aku jauh jauh
aku tak pernah lemparkan kemarahan aku
tapi aku cuma diam
diam dalam hati tidak bererti jiwa aku tidak merasa dan berkata kata

aku lemparkan kata kata kesat , kasih sayang dan juga kata kata kesat itu semua
aku lemparkan hanya pada perasaan dan hati aku saja
sebab aku lemah , terlalu lemah
aku tak berdaya nak melakukannya semua tu secara fizikal
tapi aku kuat pada hati .

entah , mungkin tuhan sudah menunjukkan pada mereka
mana baik dan mana satu buruk
sampai mereka kembali datang dalam hidup aku
mengatakan kata kata penyesalan akan semua tu
aku tak buat apa apa pada mereka
yang aku tahu saat terakhir sebelum ikatan putus tu ,
aku cuma katakan jaga diri dan terima kasih untuk semuanya
tiada kata kata yang seperti aku maksudkan sebentar tadi .

mungkin bila mereka keseorangan
mungkin dari situ mereka rasa
mungkin dari situ mereka rasa apa yang telah aku rasakan
cinta aku disampah kan
cinta aku dilemparkan
cinta aku pijak pijakkan
dan cinta aku disia sia
mereka pandang sebelah mata saja hati dan perasaan aku satu tika waktu lalu .

dan bila untuk sekarang aku sudah temui kebahagiaan aku
mereka datang kembali
datang pada aku seperti kucing kurap yang mengemis
maaf , itu yang sesuai aku maksudkan
sebab waktu kau biarkan aku keseorangan dulu
hati dan perasaan aku lebih jauh hina rasanay dari seperti kucing kurap yang aku katakan
banjingan

untuk satu hari tu
aku terima dengan hati , fikiran dan jiwa yang terbuka
aku cuba mematangkan diri
dan aku cuba mengelakkan perasaan ego dan juga agresif
kalau kita marah semua benda tidak akan menjadi
jadi aku cuba mengawal diri
mungkin dari situ mereka akan sedar
sedar siapa aku sebenarnya

aku , aku bukabn siapa siapa
aku cuma mahu manusia biasa
cuma bayangkan diri kau diperlakukan begitu ?
cuma aku mminta diri aku dihargai
itu saja

biarlah semua tu berlalu pergi
aku tidak akan pandang kebelakang
kalau pandang pun , aku cuma menegur negur sebagai sahabat pada engkau

untuk sekarang
hidup aku bahagia dan dihargai oleh seseorang
seseorang yang amat memahami hati dan perasaan aku
aku tak mahu lepaskan peluang peluang
aku tak mahu sia siakan untuk dia

mahu saja panjat bumbung kemudian teriak
"tuhan , terima kasih untuk satu kesakitan satu waktu lalu dan terima kasih untuk kebahagiaan untuk satu waktu saat seperti ini ! "
itu yang ada dalam hati aku
titik .

*jangan disampah sampahkan hati dan perasaan kasih seseorang , kalau kau sendiri tidak mahu disampah sampahkan .

Thursday, January 5, 2012

" UNTUK KAU "

" kalau lah kau boleh baca pengisian dalam hati aku ni macam mana , tak perlu lagi aku perjelaskan selalu untuk apa yang aku cuba sampaikan . kadang aku sendiri menangis , bagaimana aku nak katakan lagi yang aku sayangkan diri kau tu . biar jauh aku berlari pada satu dunia tuk menyatakan perasaan dalam hati aku yang aku sayangkan kau sangat sangat sekali pun , itu pasti tidak sama dengan apa yang sedang aku rasakan . sukar tuk aku perjelaskan semua tu .

tiap kali bermulanya satu pertengkaran , aku akan salahkan diri aku . sebab aku tahu , itu semua masalah datangnya dari aku . aku rasa aku tidak boleh menyalahkan diri kau , sebab aku tahu apa yang aku dah lakukan dan apa yang telah dipersalahkan oleh aku sendiri . dan tiap kali pertengkaran tu juga aku benci dengan diri sendiri aku , sebab aku dah membuatkan kau kecewa dengan sikap aku . tapi kau tetap tidak menafikan semua tu kesalahan aku . dari situ aku mula dengan kecewa terhadap diri sendiri sebab aku telah lukakan hati kau .

jauh dari sudut hati kau , aku tahu kau telah banyak makan hati dan terluka dengan kata kata aku yang mungkin meyinggung perasaan kau . kekuasaan ego dalam diri aku makin tinggi apabila kau cuba memujuk aku , dan itu bukan bermakna aku mengedik gedik untuk menyuruh engkau cuba memujuki aku , tidak . tapi entah . aku rapuh bila kau mengaku itu semua salah kau , aku rapuh bila kau meminta maaf atas kesalahan terhadap diri aku sendiri yang aku dah lakukan . untuk kau , sukar tuk aku mencari masalah yang ada pada diri kau .

kadang seolah aku ni tak berguna langsung buat kau begitu , aku sedar apa yang aku telah lakukan . bila malam makin pekat , mula lah aku membayangi perasaan kesal dan hanya tangis saja aku mampu lakukan . banyak perkara untuk aku sampaikan pada kau , banyak kata kata tuk aku jelaskan pada depan depan wajah kau . tapi aku malu , aku sedih dan aku kesal .

kadang , kalau boleh semua perkara apa yang aku sedang lakukan sekarang , aku mahu ketepikan semua tu dan kau didahulukan bagi aku . meski aku sibuk macam mana pun , aku tetap tidak mahu lepaskan peluang saat saat bersama kau , bagi aku itu perkara bermakna dan penting dalam hidup aku . peluang masa tu tak mahu aku sia sia kan , walau sedetik .

pergi ke sana , ke sini dalam kepala aku ada apa ? ada kau . dalam hati aku ada apa ? ada kau . semuanya ada kau .

untuk tahun baru ini , aku punya azam . tapi tidak perlu lah aku katakan pada siapa siapa , cuma biar ini aku sendiri tahu dan biar kamu kamu semua sedar dan nampak sendiri . insyaallah .

*sayang , aku tak mintak kau percayakan aku untuk tiap perkara apa yang telah aku lakukan . cuma aku mintak kau faham dan rasakan apa yang telah aku lakukan . dari sudut hati , kelak kau akan percaya dari situ . aku sayang kau haziq! "