Monday, February 28, 2011

KALAU

bila saya sendirian semalam
membuatkan betapa saya rindu sangat sangat pada hari yang semalam
seperti apa yang saya katakan
walau jauh mana saya berlari
tak mungkin saya boleh pergi jauh yang saya sangka .

saya cuba membuatkan diri saya menjadi lupa segalanya
saya juga mencuba membuatkan diri saya menjadi ego
dan saya cuba berpura pura yang saya tenang sekarang
tapi segalanya dusta belaka .

bila jatuh air mata
baru lah saya sedar yang saya lemah
yang saya sememangnya tidak boleh berbohong pada diri sendiri
tika itu baru lah rasa pedih
gelodak di hati menjadi jadi .

tika semalam kita berhubung
ternyata walau jauh sungguh perhubungan sehingga kini
anda tetap masih mengambil berat tentang saya
anda tetap seperti diri anda yang dahulu
tapi ,

kenapa tika saat itu
saya dapat rasakan sesuatu pada anda
bila anda tertawa
saya perasan ada sesuatu yang anda cuba sembunyikan pada saya
saya dapat rasakan seperti anda mempunya masalah atau sebaliknya .

kalau lah saya ada di sisi anda
saya akan menjadi teman setia tuk mendengar segala luahan anda
saya akan membuatkan anda tertawa dengan apa sekali pun
saya akan cuba memahami anda
saya akan cubak kerana saya tahu
yang anda memerlukan seorang teman tuk bicara .
kalau lah . .

anda juga menyatakan supaya saya cepat mencari pengganti anda
tapi ternyata semuanya bukan mudah seperti diungkapkan dengan kata kata
sukar sekali tuk membahagiakan hati ini
sukar .

sukar .

* kalau lah hati senang dengan seperti apa yang awak katakan , tidak lah saya sebegini . saya rindu awak . :')

Sunday, February 27, 2011

BERLARI LARI

sebenarnya nak diikutkan situasi keadaan bersama persekitaran hidup saya
semuanya nampak seperti palsu belaka
seolah olah saya seperti sebuah boneka
bukan bersandarkan hanya pada seseorang
tetapi sememangnya itu diri saya .

perasaan atau situasi
itu memang kita tidak boleh dilarikan hingga kejauh hujung dunia semana pun
walau saya berpura pura mempunyai perasaan gembira pada anda
tapi sebaliknya berlaku pada hati saya
yang sememangnya tujuh bulan sehingga kini
perasaan saya tidak bisa berpudar .

difikirkan kembali sepertinya saya sudah lari jauh dari hidup anda
tanpa saya menoleh ke arah belakang supaya tidak terlihat wajah anda lagi
tetapi sebenarnya tidak
yang sebenarnya saya tidak boleh lari sejauh seperti apa yang saya sangkakan .
tidak itu kenyataannya .

berlari lari saya mencari
dimana tempat untuk saya berteduh seketika
berlari lari saya mengejar
dimana tempat untuk saya pergi
berlari lari saya terhenti
dimana jua saya lari anda tetap ada .
sehingga kini .

apa yang pasti
sememangnya saya sedikit pun tak pernah lupakan anda
hari demi hari saya fikirkan tentang anda
ya , segala yang pasti
semuanya tentang anda belaka .

perasaan hati apa yang ada di dalam sukar tuk dilupuskan
begitu juga dengan masa masa lalu yang penuh dengan memori
yang seseorang pernah hadir dalam hidup kita
yang pernah membahagiakan kita walau hanya seketika saja dia berada
sememangya bukan mudah .

dengan lafaz perkataan jua tidak bisa diungkapkan
segala galanya menjadi sukar
betapa beratnya untuk meluahkan apa yang dirasakan
hanya kita saja yang tahu .

kalau lah anda mempunyai waktu seminit untuk saya
saya mahu anda merasakan apa yang saya rasakan
saya mahu anda lihat kan apa yang saya lalui
saya mahu anda duduk sebentar serta memahami perasaan saya
segala galanya saya mahu
yang saya mahu nyatakan adalah segalanya tidak mudah
dengan apa yang anda fikirkan tentang saya .

apa yang pasti
walau saya ucapkan yang saya tidak kisah dengan apa pun
yang saya menyatakan sedikit pun saya tidak rindukan anda
yang saya tak langsung fikirkan anda
semuanya tipu belaka .
benar .

hingga kini saya tetap ingatkan tentang anda .
saya rindukan anda sangat sangat .
harap anda bahagia walau mana jua berada .
sungguh .

* saya rindukan tentang segala galanya tentang saya dan awak sahaja . saya rindu awak . awak sentiasa dalam doa saya walau sejahat jahat mana pun awak , awak tak pernah sesekali pun menghina siapa diri saya . sungguh . :'(

Monday, February 14, 2011


A YEARS .

kalau lah awak masih ingat setahun yang lepas lalu
tarikh 13 Febuary dan jam menunjukkan 07.30 Am waktu tu
itu tarikh kite dengan awak mule mule bersama sama
terasa happy sesangat sebab kite tak sangka yang kite nan awak jadi cm ni .
tiap tiap hari saya tunggu mesej dari awak
tiap tiap hari saya tunggu panggilan dari awak
asal jam 3 pagi je handset saya pasti berbunyi alarm
itu menandakan waktu awak dah pulang dari kerja .

tiap tiap malam saya tunggu awak .
itu jelas menunjukkan saya setia menunggu dengan awak .
kadang tu bila difikirkan balek
saya pun tak tahu macam mana kite boleh jadi cm tu
tapi tak pe , saya hargai siapa awak
sampai sekarang . :)

kalau lah awak tahu
sampai sekarang saya masih skodeng life awak
sebab saya nak tahu kehidupan awak macam mana
sehat ke tidak ? macam tu lah .
even saya lihat awak dai jauh mane pun :)

kalau lah awak tahu
sampai sekarang saya masih ingat awak lagi
sebutir demi sebutir saya boleh katakannya kembali
dengan apa yang awak katakan atau nasihatkan pada saya .

kalau lah awak tahu
pernah tak awak ingat
yang saya tanya kita akan sampai ke setahun hubungan ni ?
awak tak nak jawab , sebab awak takut .

dan kalau lah awak nak tahu
yang saya rindu sesangat bisikkan kata kata awak " i love you "
sumpah saya rindu awak
tapi pernah tak sekali tu awak rindukan saya ? :'(

dan sekali lagi lah kalau awak nak tahu
sampai sekarang saya tak tahu apa salah saya pada awak
sampai membuatkan hubungan kita ni tergantung macam tu saja
semuanya menjadi bisu .

awak hilang ,
saya tahu awak tak suka apa yang orang cakapkan
dan awak tak boleh terima kenyataan
tapi kalau bagi awak cakapkan
semuanya awak nak katakan ya saja .
adil ke tu awak ? hurm .

tak pelah ,
harap satu hari nanti dapat jumpe awak balek
rindu sesangat dengan awak .

awak ,
happy our anniversary 1 year taw .
saya sayang awak . :')

*hubungan kite tergantung tanpa sepatah kata kata akhir atau putus . kini setahun dah berlalu kite berdua menyepi dengan dua dunia yang berbeza . gamba ni gambar yang terakhir awak bagi kat saya , saya rindu bisikkan awak sunshine :')

Saturday, February 12, 2011

JANTUNG HATIKU

dan ketika kau mulai menjauh
dari mata dan hati ku
terasa berat untuk melepaskan semua
perasaan cinta hanya kerna kau tak percaya .

aku mencintai mu
aku menyayangi mu
sepenuh hati
hanya satu cinta
tak perlu jauh kau cari
ku tak pernah bersembunyi

hanya satu cinta
tak pernah ku bangkit pergi
hanya kau jantung hati
kau jantung hatiku .

*suka sangat lirik lagu ni by group tilu . huuu :')

Monday, February 7, 2011

6 PURNAMA

kenapa aku rasa dalam hidup aku ni rase sunyi ? aku rasa sepi ? apa yang aku lakukan tok hari hari berlaku hanya seperti biasa . aku tak tahu nak ungkapkan bagaimana dengan apa yang aku rasakan .

kenapa harus aku yang selalu saja yang akan merasakan perasaan ni ? kenapa bukan orang lain ? kenapa ? kenapa dengan aku ? kenapa mesti aku saja yang jadi mangsa ? kenapa tidak manusia lain ?

aku tak pernah menduakan seseorang tu . aku tak pernah tak setia . tapi kenapa harus aku je yang dimenduakan ? kenapa sampai aku saja , aku yang jadi mangsa tidak setia ? sampai bila bende ni semua nak bermain main dengan dunia aku ?

sampai sehingga aku betul betul jadi jahat ? jahat menduakan orang yang seperti yang mereka lakukan pada aku ? jahat tidak setia ? jahat dengan segala galanya yang memainkan hati serta perasaan seseorang ? macam tu ?

kenapa setiap apa yang aku lakukan sepertinya semuanya tidak adil ? kenapa mereka semua boleh bergembira ? kenapa mereka semua dpaat apa yang mereka mahukan ? selama ni , aku tak pernah meminta yang bukan bukan . aku tak pernah meminta wang , belanja sana sini dengan segala kemewahan dengan apa yang mereka adakan .

satu .
aku cuma hanya pinta satu saja YA ALLAH .

kenapa 6 bulan berturut turut ni ku selalu fikirkan perkara perkara yang lepas ? hari hari aku macam ni . sumpah aku tak tipu .

bohonglah kalau aku katakan yang aku dah lupakan kau .
bohonglah kalau aku katakan yang aku bencikan kau .
bohonglah kalau aku katakan yang aku tidak memikirkan kau .
bohonglah kalau aku katakan yang aku tidak kisah akan pasal kau .
bohonglah kalau aku katakan yang hari hari aku tidak memikirkan pasal kau .
bohonglah kalau aku katakan yang aku tidak merindukan kau .

itu semua bohong bagi aku !

kau yang mengajarkan aku menjadi seorang pembohong sampai kini .

ya , aku rindukan kau .
seolah olah aku ni sememangnya bodoh dengan apa yang aku lakukan hari hari .
pernah tak kau rasa terseksa dengan sesuatu rasa tu ? pernah tak ?

mungkin kau tidak akan memahami dengan apa yang aku katakan seperti kini ,
mungkin kau tidak akan mengambil kisah apa yang aku katakan seperti kini ,
mungkin kau tidak akan memikirkan apa yang aku katakan seperti kini .

tapi kau harus ingat ,
yang ada suatu hari nanti kau pasti akan tersedar dengan apa yang kau lakukan .
yang ada juga suatu hari nanti tu juga kau akan tersedar dengan apa yang aku cuba mahu sampaikan dengan setiap kata kata aku walaupun secara zahirnya sampai kini kau tidak sedarinya .

sampai suatu saat itu nanti ,
kau akan duduk dan merasakan dengan apa yang aku rasakan .
aku tidak pernah meminta pada tuhan dan membalas dengan apa yang kau lakukan pada aku atau yang lain lain .

cuma satu ,
moga kau sedar .
maafkan aku .

* aku rindukan kau . aku bencikan dengan apa yang aku rasekan seperti sekarang . 6 bulan !

Thursday, February 3, 2011

PENDAM .

pernah tak dimana kau hadapi sesuatu realiti
dimana dalam kisah tersebut ada dua manusia
yang mempunyai perasaan yang sama pada satu ketika
dahulunya die pernah mengatakan tentang perasaanya pada kau ?
tapi pada masa yang sama kau suka kan dia
tapi juga perasaan kau masih ragu ragu
kau takut akan sesuatu perkara yang pernah terjadi di dalam hidup kau ?

dia sentiada ada dengau kau
tak kira sama ada gembira atau sedih
hubungan kau tak tumpah seperti sebuah hubungan istimewa
tapi ternyata tidak , kau dan dia hanya sebagai teman tapi mesra
kau suka dia , kau sayangkan dia
tapi kau tak beritahu apa yang kau rasakan
dan cuma dia saja yang beritahu isi hati dia .

bila dah lama kau berkawan dengan dia
dia masih pendamkan perassan dia pada kau
walaupun sampai kini dia tak ucapkan perkara tu
tapi dia tetap ada perasaan yang sama seperti satu saat dahulu
bila ditanya kenapa tak bilang perkara ni sekali lagi seperti dahulu ?
dia menyatakan dia faham akan perasaan kau
dan dia cuma hanya mampu pendamkan perasaan dia saja .

sampai kini dia membisu perasaannya seperti lalu
sampaikan diri kau tertanya tanya
kenapa dia tidak bilang lagi akan perasaannya itu ?
sudah lama kau nanti nantikan ucapan dia tu
waktu tu juga kau seperti sudah bersedia
bersedia dengan apa yang kau mahu berikan jawapan
tapi bila difikrkan semula , kau menjadi takut
takut yang tak pernah kau alami seperti sebelum ni .

kadang tu , kau sendiri pernah rasa dan terfikir tak
dimana jika antara kau dan dia tak meluahkan perasaan yang sama
kau terasa sakit dan seksa sebab dah lama perasaan ni kau dan dia pendamkan ?
kau mahu bilangkan pada dia yang kau sayangkan dia
tapi kalau kau sebagai seorang wanita
kau akan menjadi malu jika kau ucapkan perkara tu pada mulanya
dan dari situ kau akan terasa sakit bila tiba masa kau sudah bersedia
dan mahu ungkapkan perkara tu pada dia
tapi seperti yang aku katakan sebentar tadi
yang dia sampai kini tak ungkapkan perkara tu
sebab kerana takut akan perasaan kau .

rupanya ,
perasaan yang dipendam lama ni lagi menyakitkan
rupanya ,
perasaan ni akan membuat buatkan kau menjadi buak buak
tuk ungkapkan padanya .

sampai bila pun aku tak tahu sebegini .

*seksa rasanya .