KITA YANG PENAKUT
hari ini kita pergi berbicara sedalam lumat lubuk hati kita
kita tanya pada diri apa yang sedang kita rasakan
kita tanya pada diri apa yang sedang bermain di dalam persekitaran kehidupan kita dan juga permainan dalam anak otak kita
cuba kita fikirkan kembali satu persatu dengan apa yang kita pernah lakukan .
hari ini kita pergi lari jauh semungkin
kita tak mahu memikirkan perkara yang bodoh dungu sekali lagi
kita jadi penakut
kita jadi pengecut
kita jadi pembohong
kita jadi menipu pada diri sendiri .
hari ini kita takut jika seseorang bertanya
hari ini kita takut jika seseorang itu mahu berkata
hari ini kita takut jika seseorang itu membuatkan kita tertanya tanya
hari ini kita takut jika seseorang itu membuatkan kita menyesal .
apa yang pasti ,
kita penakut .
takut .
takut .
dan terus takut .
*kita pengecut
No comments:
Post a Comment