Sunday, February 27, 2011

BERLARI LARI

sebenarnya nak diikutkan situasi keadaan bersama persekitaran hidup saya
semuanya nampak seperti palsu belaka
seolah olah saya seperti sebuah boneka
bukan bersandarkan hanya pada seseorang
tetapi sememangnya itu diri saya .

perasaan atau situasi
itu memang kita tidak boleh dilarikan hingga kejauh hujung dunia semana pun
walau saya berpura pura mempunyai perasaan gembira pada anda
tapi sebaliknya berlaku pada hati saya
yang sememangnya tujuh bulan sehingga kini
perasaan saya tidak bisa berpudar .

difikirkan kembali sepertinya saya sudah lari jauh dari hidup anda
tanpa saya menoleh ke arah belakang supaya tidak terlihat wajah anda lagi
tetapi sebenarnya tidak
yang sebenarnya saya tidak boleh lari sejauh seperti apa yang saya sangkakan .
tidak itu kenyataannya .

berlari lari saya mencari
dimana tempat untuk saya berteduh seketika
berlari lari saya mengejar
dimana tempat untuk saya pergi
berlari lari saya terhenti
dimana jua saya lari anda tetap ada .
sehingga kini .

apa yang pasti
sememangnya saya sedikit pun tak pernah lupakan anda
hari demi hari saya fikirkan tentang anda
ya , segala yang pasti
semuanya tentang anda belaka .

perasaan hati apa yang ada di dalam sukar tuk dilupuskan
begitu juga dengan masa masa lalu yang penuh dengan memori
yang seseorang pernah hadir dalam hidup kita
yang pernah membahagiakan kita walau hanya seketika saja dia berada
sememangya bukan mudah .

dengan lafaz perkataan jua tidak bisa diungkapkan
segala galanya menjadi sukar
betapa beratnya untuk meluahkan apa yang dirasakan
hanya kita saja yang tahu .

kalau lah anda mempunyai waktu seminit untuk saya
saya mahu anda merasakan apa yang saya rasakan
saya mahu anda lihat kan apa yang saya lalui
saya mahu anda duduk sebentar serta memahami perasaan saya
segala galanya saya mahu
yang saya mahu nyatakan adalah segalanya tidak mudah
dengan apa yang anda fikirkan tentang saya .

apa yang pasti
walau saya ucapkan yang saya tidak kisah dengan apa pun
yang saya menyatakan sedikit pun saya tidak rindukan anda
yang saya tak langsung fikirkan anda
semuanya tipu belaka .
benar .

hingga kini saya tetap ingatkan tentang anda .
saya rindukan anda sangat sangat .
harap anda bahagia walau mana jua berada .
sungguh .

* saya rindukan tentang segala galanya tentang saya dan awak sahaja . saya rindu awak . awak sentiasa dalam doa saya walau sejahat jahat mana pun awak , awak tak pernah sesekali pun menghina siapa diri saya . sungguh . :'(

No comments:

Post a Comment