Thursday, January 5, 2012

" UNTUK KAU "

" kalau lah kau boleh baca pengisian dalam hati aku ni macam mana , tak perlu lagi aku perjelaskan selalu untuk apa yang aku cuba sampaikan . kadang aku sendiri menangis , bagaimana aku nak katakan lagi yang aku sayangkan diri kau tu . biar jauh aku berlari pada satu dunia tuk menyatakan perasaan dalam hati aku yang aku sayangkan kau sangat sangat sekali pun , itu pasti tidak sama dengan apa yang sedang aku rasakan . sukar tuk aku perjelaskan semua tu .

tiap kali bermulanya satu pertengkaran , aku akan salahkan diri aku . sebab aku tahu , itu semua masalah datangnya dari aku . aku rasa aku tidak boleh menyalahkan diri kau , sebab aku tahu apa yang aku dah lakukan dan apa yang telah dipersalahkan oleh aku sendiri . dan tiap kali pertengkaran tu juga aku benci dengan diri sendiri aku , sebab aku dah membuatkan kau kecewa dengan sikap aku . tapi kau tetap tidak menafikan semua tu kesalahan aku . dari situ aku mula dengan kecewa terhadap diri sendiri sebab aku telah lukakan hati kau .

jauh dari sudut hati kau , aku tahu kau telah banyak makan hati dan terluka dengan kata kata aku yang mungkin meyinggung perasaan kau . kekuasaan ego dalam diri aku makin tinggi apabila kau cuba memujuk aku , dan itu bukan bermakna aku mengedik gedik untuk menyuruh engkau cuba memujuki aku , tidak . tapi entah . aku rapuh bila kau mengaku itu semua salah kau , aku rapuh bila kau meminta maaf atas kesalahan terhadap diri aku sendiri yang aku dah lakukan . untuk kau , sukar tuk aku mencari masalah yang ada pada diri kau .

kadang seolah aku ni tak berguna langsung buat kau begitu , aku sedar apa yang aku telah lakukan . bila malam makin pekat , mula lah aku membayangi perasaan kesal dan hanya tangis saja aku mampu lakukan . banyak perkara untuk aku sampaikan pada kau , banyak kata kata tuk aku jelaskan pada depan depan wajah kau . tapi aku malu , aku sedih dan aku kesal .

kadang , kalau boleh semua perkara apa yang aku sedang lakukan sekarang , aku mahu ketepikan semua tu dan kau didahulukan bagi aku . meski aku sibuk macam mana pun , aku tetap tidak mahu lepaskan peluang saat saat bersama kau , bagi aku itu perkara bermakna dan penting dalam hidup aku . peluang masa tu tak mahu aku sia sia kan , walau sedetik .

pergi ke sana , ke sini dalam kepala aku ada apa ? ada kau . dalam hati aku ada apa ? ada kau . semuanya ada kau .

untuk tahun baru ini , aku punya azam . tapi tidak perlu lah aku katakan pada siapa siapa , cuma biar ini aku sendiri tahu dan biar kamu kamu semua sedar dan nampak sendiri . insyaallah .

*sayang , aku tak mintak kau percayakan aku untuk tiap perkara apa yang telah aku lakukan . cuma aku mintak kau faham dan rasakan apa yang telah aku lakukan . dari sudut hati , kelak kau akan percaya dari situ . aku sayang kau haziq! "


No comments:

Post a Comment