Wednesday, June 1, 2011

" SATU KISAH TENTANG KITA "

terlalu jauh saya mengembara ke alam khayalan
hanya kerana masa lampau
hanya kerana satu saat lalu
habis punah pemikiran saya menaklukinya
umpama mimpi yang mula tercipta .

siapa yang mahu bikin cerita
yang tammatnya hanya tergantung sebegitu saja ?
siapa yang mahu bikin pinta
yang akhirnya terlalu seksa .

hati mula berbisik
siapa yang akan mendamba episod seterusnya
siapa yang akan menghuni seterusnya
dan siapa yang bikin dunia ini seperti menari nari ?
siapa ?

walau saya mengatakan semuanya indah satu tika lalu
tapi lumatnya penuh hampa
mungkin saya salah mengertikannya
yang saya rasakan itu cinta
mula hadirnya luka .

tetapi hati saya masih memikirkan siapa dia
tetapi hati saya masih mengharapkan siapa dia
tetapi hati saya dia luka
tetapi hati saya dia hancurkan
bilang lagi , bilang lagi
hanya hati saya .

mula membuatkan saya terjatuh dan terus terjatuh lagi
mungkin ianya bukan satu kisah yang gembira di akhir cerita
bukan seperti kisah kisah dongeng yang bahagia
tetapi mungkin ianya satu kisah
satu kisah tentang kita .

*satu saat lalu saya berjanji , yang saya sayang . sayang itu saya akan bawa sampai bila bila .

No comments:

Post a Comment