Wednesday, December 15, 2010

TIDAK SAMA

kadang tu , aku tidak mengerti dengan apa yang aku rasakan
aku juga mahu bicara dari sudut hati yang jauh mendalam
diterang terang kan satu persatu
di tiap baris perkatan yang tersusun atur bicaranya .

kadang tu , aku tidak fahami dengan apa yang aku bicarakan
perasaan yang mendalam sedalam lumat
aku tunduk , aku membisu seketika
aku cuba tarikkan nafas sedalamnya
tapi , air mata yang membasahi pipi
dan air mata itu juga sedang bicarakan segalanya .

kadang itu , aku benci dengan apa yang aku rasakakan
berlari lari aku dari kenyataaan
aku cuba , tidak mahu tersungkur
ya , aku cuba meniti niti arah itu
ditanya mengapa aku benci rasakannya
kerna , dengan tiap apa yang aku katakan
tidak sama dengan apa yang aku rasakan .

kadang tu , jauh di sudut malam pekat
tiada yang sapa menghuni di waktu itu
di buka tirai malam sepi , duduk di sudut jendela
seketika aku termenung ,
perasaan datang menyelubungi jiwa tika itu .

bintang malam bertaburan di langit
bulan terang menerangi di awangan dunia
hati mula bicara sekali lagi
perasaan aku tika itu , aku . .
rasa benci , bodoh , sendiri .
tapi
aku rindu .

sampai kapan lagi begini
ya , cuba kau lihat
bisa kau fahami apa yang aku cuba lontarkan kata kata ini ?
mudah tidak kau memahaminya ?
jelas ternyata , aku tidak tahu bagaimana mahu bicara
kerna tiap apa yang katakan
tidak sama dengan apa yang aku rasakan .

sekali lagi aku benci .

*ya , aku benci dengan tiap apa yang aku sampaikan .

No comments:

Post a Comment