Monday, November 8, 2010

SANG BETA BERBICARA



Wahai rakyat
Beta ingin berbicara pada kamu kamu semua
Dengan apa yang dirasakan sama beta
Ya , beta saja mahu berbicara dan berkongsikan dengan apa yang beta rasakan
Pada kamu kamu semua . bisa bukan ?

Huhh !
Kadang tu membuatkan beta tertawa sendirian
Dengan apa yang terjadi pada diri beta ini .
Sebenarnya , beta tidak tahu mahu berbicara sama siapa
Hanya kamu saja yang bisa beta luahkan serta kongsikan bersama .

Ya , beta rasa kesunyian secara benarnya
Beta sungguh merasa sunyi , menjadi sepi
Kadang tu beta rasa geram secara tiba tiba
Beta mahu menjerit sepuas puasnya
Air mata beta jatuh ke bumi
Ya , secara tiba tiba lagi .

Beta tidak mengerti dengan apa yang terjadi pada beta sekarang
Beta merasakan apa yang beta lakukan
Semuanya seperti tiada makna
Beta rasa beta tiada jiwa
Hati beta menjadi tawar dan kosong
Sepertinya beta tiada punya perasaan .


Ada sesetengah rakyat bilang pada beta
Yang beta kini semakin ganas
Seperti tiada perasaan
Muka beta ad makna sebaliknya
Misteri dia bilang .
Benar ?

Beta menjadi semakin benci
Menjadi geli
Menjadi malas
Menjadi semua nya tiada apa apa
Semuanya beta malas mengambil tahu !

Huhh !
Sejujurnya beta merasa sedih
Beta mahukan pelukan
Beta mahu peluk sekuat kuatnya
Beta mahu menangis sepuas puasnya
Bisa tidak ?

Rakyat ,
Maafkan beta jika beta terlalu beremosi
Beta sedih , beta rindu
Beta tidak tahu apa lagi yang beta mahu lakukan
Maafkan beta ya .

No comments:

Post a Comment