P I N J A M
boleh pinjamkan bahu anda seketika ?
saya hanya mahu lentokkan kepala saya pada bahu anda sahaja .
saya mahu nangis sepuas puasnya .
setelah selesai , saya akan ucapkan terima kasih pada anda .
kerana sudi meminjamkan bahu anda pada saya .
entah kenapa saya berasa sungguh sedih malam ni .
sedangkan saya sendiri tidak tahu mengapa .
di dalam dada ini , terasa ada sesuatu yang mengalir pada hati kecil saya .
apakah itu ? saya rasa sakit .
rasa sedih . mungkin ianya sedang memangis ?
kalau boleh ,
saya mahu tumpang kebahagiaan bersama sama anda boleh ?
maafkan saya ,
saya bukan apa . saya senang melihat teman teman saya berbahagia .
ianya mungkin indah dengan perasaan sebegitu .
arghhhh . .
kenapa dengan saya ni ?
saya tidak mengerti .
saya benci .
sungguh saya benci !
kenapa harus ada dan merasa semua ini dalam diri saya ?
saya benci ! saya takut !
kenapa ianya harus ekori saya lagi ?
sedangkan saya telah menerimanya dengan secara terbuka .
tolonglah..
hanya tuhan sahaja yang tahu akan bagaimana perasaan ini .
kalau boleh ,
saya tidak mahu merasai lagi perasaan ini .
saya takut walaupun kadang saya mahukannya .
tidak , harap saya tidak lagi berperasaan begitu .
maafkan saya ,
saya perlukan anda .
saya rasa..hurrmmm .
maafkan saya .
*harap saya dapat buangkan perasaan ini jauh jauh . tidak mungkin dan tidak mungkin !!