BINTANG MALAM
bintang malam
katakan padanya
dimana aku tidak punya lagi perasaan yang sama
seperti hari hari lepas yang aku rasakannya .
meskipun ianya hanya indah pada permulaannya
tapi bila dia punyai itu
aku pasti , seyakinnya pasti
mungkin hanya indah seketika .
bintang malam
sampaikan padanya
jangan pernah memberitahu
dan juga jangan pernah dia ucapkan pada aku
dengan apa yang terkandung dalam hatinya .
aku tidak mahu mengerti
aku tidak mahu fahami
aku tidak mahu memikirkan
dan aku tidak mahu rasakannya .
bintang malam
bisikkan padanya
beritahu dan ingatkannya sekali lagi
dengan apa yang aku katakan ini
agar dia fahami dengan apa yang aku rasakannya .
kerana aku tidak mahu masing masing
hati sakit
hati perit
hati sedih
dan hati kecewa antara satu sama lain .
*tenyata , biarkan saja ianya sebegini . agar tiada hati siapa siapa yang lukai dan disakiti . bisa saja sebegini dan menyendiri .
No comments:
Post a Comment