Tuesday, August 27, 2013

No Matter How Far We Travel, The Memories Will Always Follow Us.

kalau kau boleh rasa dan duduk tempat aku beberapa tahun lepas
kau sendiri akan rasa betapa ronyoknya hati waktu tu.

kau kejar sampai dapat
bila ada pada dalam genggaman kau
kau sampahkan.

setelah beribu hari yang kau telah tinggalkan tanpa sepatah kata
sampai sekarang pun aku masih tak tahu apa jawapan sebenar tentang pengakhiran kisah kita dulu tu.

orang akan tanya
" apasal boleh camni? apa sebab? "
aku mampu jawab dengan angkat bahu saja.

sebab aku sendiri tiada jawapan dengan persoalan persoalan tu semua.

dan untuk sekarang
apa perlu kau tagihkan kembali benda yang lama kau tinggalkan dengan jawapan yang bodoh?
4 tahun dengan kenangan yang sia sia.

dengan mudah kau bertanya,
" can we go back to the days where it was just you and me? i miss those days.."

dan aku jawab,
" all we have now are the memories of what we used to be. so mana kau pergi hilang selama ni? kenapa perlu sekarang? kenapa tak tanya soalan ni beberapa tahun yang dulu? "

useless.

kemonlah,
i've my own life with someone who love me more now daripada kau.
jangan cakap aku sampah sampahkan kau sekarang
sebab kau sendiri yang sampah sampahkan aku dulu.

good bye ex-lover.

Tuesday, August 20, 2013

" PENAT "

kadang kadang aku rasa penat

aku penat membabikan
aku penat dimakikan
dan aku penat melemparkan kata kata kesat yang bikin memberi kesan dalam pada hati manusia lain.

orang akan kata
" chill lah kau baru 22 tahun, mude lagi beb "

tak,
aku penat dengan keadaan sekeliling
aku penat segalanya yang aku ada.

sampai ada satu tahap bila kau rasa benar benar terlalu penat,
kau sendiri dah tak mampu nak berkata apa apa.

secara eroninya dalam hati perasaan amarah yamg sedang menguasainya sedalam lumat.

perasaan ego akan berluak luak membiak dengan pantas.

nak kata aku degil?
yes.

nak fikirkan perasaan orang lain?
perasaan sendiri pun dipijak gadaikan.

kadang kadang sabar tu menyakitkan
kadang kadang sabar tu jugak penawar segala duka anugerah yang terindah.

dan aku masih terlalu penat.

#penat

Monday, July 22, 2013

" my name is selfish "

perlu ke aku angkat kaki?
perlu ke aku lari?
perlu ke aku bagi ruang antara satu sama lain?

aku tak kuat
aku tetap masih lemah seperti waktu dulu
dalam diri aku masih ada aku yang lepas lepas.

tergamak ke aku nak tinggalkan kau?
sanggup ke aku berdiri tanpa ada kau selepas ni?
aku bukan tanya pada diri kau
tapi aku tanya pada diri aku sendiri.

this is not about selfish
ini tentang kebaikan dan kesedaran.

aku tahu aku bukan baik mana
aku tahu aku bukan siapa siapa
pada mata tuhan pun aku ni masih kerdil.

cuma,
aku selalu fikir aku bukan yang terbaik buat kau
aku bukan siapa siapa pada mata kau.

jadi,
masih mau kau buangkan masa sisa sisa hidup kau bersama aku ini?

theres many people and couples
bercinta berbelas belas tahun
tapi kalau tak nampak apa yang telah kita buat pun
memang rugi dan tak berguna kan?

macam biasa,
im not someone yang special depan mata kau.

atau kalau suatu hari nanti
dengan ketiadaan aku
baru kau kenali dan nampak dengan apa yang telah aku buat selama ni?

terlambat.

" BUNTU "

hidup tak selalunya indah
tak selalunya kita mudah bermadah
dan tak selalunya mudah.

selama dua tahun
aku masih mencari cari identiti sebenar
sebagai seorang girlfriend.

selama dua tahun
aku sendiri masih gagal
aku masih lemah.

aku gagal menjadi seorang gf yang baik
aku gagal tidak mengecewakan dia
aku gagal banyak perkara
aku gagal segala galanya.

bukan mudah nak menjadi yang terbaik dalam hidup seseorang.

mana silap aku?
mana buruknya aku?
mana gagalnya aku?

apa semua yang telah aku lakukan tu semua gagal?

atau dia saja yang buta apa yang telah aku buat?

aku buntu.

Saturday, December 29, 2012

RM SEBUAH HATI

dua tiga tahun lepas
hati aku ronyok dipijak-pijakkan
dan dihenyak sebegitu sahaja
oleh si peminjam hati yang tidak bertanggungjawab.

dan sekarang hati aku telah sempurna
untuk apa kembali setelah dipijak gadaikan?
berapa agaknya harga sebuah isi hati seseorang
untung saja aku tidak tuntut ganti rugi hati pada engkau
bersyukurlah.
KERNA CUMA KITA

cakap cakap orang
mungkin kita ini tidak akan kemana
cakap cakap orang juga
kita masih mampu bersama hingga kini

maka, kita pedulikan mereka
teruskan percaya
kerna yang tahunya cuma kita
yang fahamnya cuma kita.

Saturday, November 10, 2012

Hari ini kita di dalam kereta menyusur ke Seremban
Menemani teman saya menghantar keretanya
Awak memandu dan saya pula disebelah awak
Hujan lebat membasahi bumi .

Saya pegang erat peha awak
Supaya tidaklah awak mengantuk memandunya
Awak toleh pada saya
Lalu awak memberikan senyuman
Cukup manis .

Setibanya kita di Seremban
Kita berdua beralih duduk di belakang
Awak baring diatas riba saya
Awak capai tangan saya
Lalu awak menciumnya dan berkata iloveyou
Sekali lagi ,
Ianya cukup manis .

Pulang ke Kuala Lumpur menaiki keretapi
Kita berlari lari agar tidak ketinggalan
Awak gelak saya pun gelak
Saya penat , awak heret tangan saya
Kita tertawa lagi .

Duduk didalam keretapi yang moden
Awak pandang saya
Saya pandang awak
Kita berdua diam
Tunguk .

Sekali lagi
Awak pandang saya
Saya pandang awak
Kita tertawa bersama sama
Oh , manis .

Tetiba awak capai earphone awak
Dan letakkan pada telinga saya
Saya dengar satu lagu , suaranya Arjuna
Sampai sekarang jadi peveret saya .

Awak bisik
" Ini lagu untuk awak
Lirik lagu itu menggambarkan bagaimana perasaan saya pada awak "
Lalu awak tersenyum
Waktu tu saya rasa macam terapung
Dalam hati saya ,
Ini yang paling manis !

*manis , sungguh manis :*

Monday, November 5, 2012



" KALAULAH "

Sayang saya pada awak sikit pun tidak berubah
sebab saya nampak masa depan saya hanya bersama awak
cara macam mana lagi harus saya tunjukkan kasih sayang saya pada awak
bila awak mengatakan awak tak nampak apa pengorbanan dan sebuah penghargaan saya pada awak ?

Kadang kadang saya benci dengan diri sendiri
saya nak jerit teriak semua ada
saya terlalu sayangkan siapa awak
tapi orang takkan faham apa yang saya rasakan..

Sekarang saya kena melangkah hidup seorang diri tanpa awak
awak tak tahu betapa peritnya hati saya tanpa siapa awak di sisi saya
awak tak tahu betapa peritnya hati saya tanpa genggaman awak di tangan saya
dan awak tak tahu betapa peritnya hati saya sekarang nak meluahkan semua ni kat awak
semua tu awak takkan tahu .

Janji janji yang dulu mungkin semua tu akan tinggal kenangan
tempat tempat semua akan jadi kenangan juga
tapi awak tetap akan menjadi kenangan perkara yang terindah dalam hidup saya
sakitnya rasa sayang tanpa awak .

Kalaulah boleh awak jadi milik saya selamanya
saya rasa saya manusia paling bahagia dalam dunia ni
dan semua itu kalaulah..

Sakit macam mana pun syaa akan tetap teruskan hidup ini
saya akan ingat kata kata awak selalu
dan saya akan menjaga diri saya sebaik yang mungkin
saya janji..
tapi,
awak pun janji tau lepas ni jaga diri sebaik yang mungkin tanpa saya ?

Macam mana pun saya akan sentiasa berada disisi awak
tak kisah saya masih hidup atau pun mati
saya sayang awak
awaklah yang terindah .

*saya harap awak akan rasakan sayang saya selama ini , amin .


" PERIT DATANG KEMBALI "

Kalaulah boleh aku nak tamatkan riwayat perasaan hati aku
aku tak nak dah ada hati pada sesiapa
biar aku tiada hati dan perasaan pada sesiapa
dan biar sesiapa tiada hati dan perasaan pada aku.

Sebab aku tahu, perasaan memang tidak boleh dipijak pijakkan
luka sedikit habis parah
kadang orang tak nampak apa pengorbanan dan sayang aku pada seseorang tu
aku nak salahkan siapa ? tuhan ? 
mana mungkin .

Aku tak tahu macam mana caranya lagi nak bagitahu yang aku benar benar sayangkan seseorang tu
nak ke aku beritahu pada dunia yang aku sayangkan dia ?
nak ke aku teriak dari bukit yang aku sayangkan dia ?
semua tu bukan jawapan
sebab apa yang aku katakan tidak akan sama seperti yang aku sayangkan siapa dia.

Aku baring dan pejamkan mata
dalam bisik hati aku memanggil nama kau
moga moga biar kau terdengar
betapa aku perlukan siapa kau .

Sekarang sekali lagi aku tersungkur
apa yang harus aku lakukan
aku takut untuk teruskan perjalanan tanpa kau
aku terlalu takut

perasaan perit tu datang kembali
aku takut
aku sakit
dan terlalu sakit untuk menghadapi semua ni

Tuhan,
andai benar dia jodoh aku
temukan dan satukanlah perasaan ini
andai benar dia bukan jodoh aku
aku redha.

*sakitnya T_T




" PENGORBANAN "

Aku rasa aku telah lakukan satu satunya pengorbanan yang paling besar dalam hidup aku
iaitu aku melepaskan seseorang yang benar benar aku terlalu sayang 
sayang tu hanya tuhan sahaja yang tahu 
hanya tuhan sahaja yang mengerti apa dalam lubuk hati aku ni.

Mungkin terlalu banyak kesilapan aku pada dia
mungkin aku betapa hina pada mata dia
mungkin kata kata dan perlakuan apa yang aku lakukan pada dia hanya perkara biasa
dan mungkin siapa aku sebenarnya ?

Kenapa susah sangat kita nak memiliki sesuatu itu menjadi milik kita ?
kenapa susah sangat aku akan menjadi milik dia ?
kenapa apa yang aku dan dia impikan susah nak dicapai ?
kenapa semua ni..

Hidup aku akan bergantung pada kata kata
andai ada jodoh tidak akan kemana
sebab aku tahu, aku akan tunggu kau sampai bila bila
sebab aku tahu aku tak nak rasakan perbezaan belaian seseorang lelaki melainkan kau

tuhan..

Wednesday, October 31, 2012



" BAHAGIA "

Setahun setengah kita masih bersama
hari hari pertama sehingga kini aku masih membilang hari bersama kamu
tanpa diduga terasa sebentar sahaja waktu itu berputar bersama engkau
maknanya apa? bahagia mungkin .
ya, aku bahagia berada di dalam dunia engkau .

untuk kehidupan aku kali ini
berbagai perkara dan rintangan aku laluinya
tapi aku tetap terus bersyukur
dengan adanya siapa engkau yang berada disisi aku, alhamdulillah .

kaulah yang pertama membuatkan aku bahagia sebegini
kaulah yang pertama membuatkan aku merasa benar benar di hargai
kaulah yang pertama membuatkan aku terasa ingin terus hidup bersama engkau selamanya
bolehkan ? insyaAllah .

terima kasih untuk setahun lebih bersama saya yang selebet ini
terima kasih untuk setahun lebih bersama saya yang cengeng ini
terima kasih untuk setahun lebih bersama saya yang comel ini
terima kasih untuk setahun lebih bersama saya yang gila ini
dan terima kasih untuk segala galanyalah !

saya harap cinta kita akan sampai ke garisan penamat yang terakhir bersama sama dengan apa yang kita harapkan . iloveyou !

Wednesday, March 28, 2012

" KELAHIRAN "
Untuk kali ini aku torehkan sesuatu kenangan di dalam hati dan juga pemikiran kau.
sengaja aku melakukan suatu kejutan bersama teman teman yang lain untuk di hari kelahiran kau , dari situ dan juga tahun tahun yang akan datang di dalam hidup kau akan mengigatinya kenangan kita bersama .
Hari makin hari perasaan aku makin sayang pada diri engkau
dan aku harap juga tahun tahun yang akan datang juga kau akan sentiasa berada disisi aku walau apa pun terjadi .
usah digusarkan , aku selesa berada di dunia engkau .
sayang , selamat hari lahir dan selamat ulangbulan kita yang ke lapan serta tiba sembilan bulan kelak .
janji sama aku , kita akan mengorak langkah bersama hingga penghujungnya .

Tuesday, February 28, 2012

" RINDU AKU PADA MINGGU INI TERLALU KEJAM "



sudah seminggu lebih aku peramkan perasaan rindu aku di dalam hati ni
seminggu itu jugalah aku mengerang menahan rindu tu
kadang sudah jenuh aku mahu memberitahukan pada engkau
yang aku terlalu rindukan kau terlampau
tapi bibir ni sering saja mahu berkata kata sedemikian
runsing juga aku dibuatnya mana tahu kau jemu dengan ulangan di bibir aku
ah , apa kau tahu .

sudah seminggu lebih ini juga perasaan sayang aku pada engkau
makin meningkat pesat seperti ekonomi sesebuah negara yang maju
permintaan kasih sayang tu semakin diperlukan .
sayanggggggg sangat minggu ni
manis kan aku minggu ni ?
ye , sebab kelmarin kau bilang sama aku yang aku romantic untuk minggi ini
memang ye pun kan ? heehe malu malu aku kau bilang begitu .

tapi sudah berapa malam juga kau berjanji sama aku
tiap hari aku menantikan akan hari keesokannya
agar mata aku dapat bertembung tepat sama mata engkau
tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan
lantas kita tidak bersua
bila cuaca memberikan kebenaran , kau pula yang penat
aku ya kan saja agar kau beristirehat .

malam malam aku hanya ditemani air mata
malam malam aku hanya ditemani bayangkan kau
malam malam aku hanya ditemani rindu
dan malam malam aku hanya ditemani dengan perasaan geram .
untuk apa semua malam malam itu ?
untuk rindu aku pada engkau .
sekali lagi , kau apa tahu ?

malam tadi kita bertemu ,
tidak pernah pernah aku meninggikan suara pada engkau
dan aku sudah berjanji pada diri sendiri agar aku menghormati siapa engkau pada aku
tapi malam ini kau degil , kau degil sangat
sampai telinga kau dengan mudah mudah saja menerima teriakan aku .

aku marah kau ,
aku tepis tangan engkau ,
aku tolak dada engkau ,
aku jeling pada pandangan engkau ,
dan aku tidak endahkan siapa engkau .

tapi kau ?
kau berdiam diri
kau memujuk aku
dalam hati aku , dia ni tak marah ke sama aku ?

aku kecewa , aku luahkan segalanya
aku ceritakan satu persatu dengan ditemani bersama air mata
kau yang berdiri di hadapan aku , kau kesatkan air mata
kau cuba menenangkan aku dengan memberikan pelukan
aku cuba mengelak , tapi aku seorang perempuan tidak mampu untuk menolaknya
aku rebah di pelukan kau .

aku bilang sama engkau
yang aku tidak berguna untuk engkau
yang aku terlalu banyak menyakiti hati engkau
biarlah cuma seminit kau berdiri di hadapan aku
aku cuma mahu lihat raut wajah engkau
aku terlalu rindu
rindu sangat .

hati aku lagi bertambah luluh bila kau mengeluarkan kata kata engkau
aku tahu kau telah melakukan macam macam untuk aku
aku sedar dan aku nampak
bertambah pedih bila linangan air mata engkau pula mengalir bersama .
maafkan aku .

kadang memang aku cuba berkata kita buat haluan masing masing
tapi dalam hati aku mengatakan tidak
aku terlalu takut untuk kehilangan siapa engkau
terlalu takut untuk berdiri sekali lagi bila tersungkur
dan terlalu lalu takut jika kau tiada dalam dunia aku .

sekali lagi , malam ini aku betul betul bengkak
bengkak satu badan siap satu pakej
maafkan aku ya , aku terlalu rindu kan kau
sayang aku pada engkau hanya tuhan saja yang mengetahuinya .
wallahi !

*terima kasih untuk bersama aku sejauh 7 purnama ini , terima kasih memahami hati dan perasaan aku . kalau aku hilang engkau pun tiada siapa yang mungkin dapat menggantikan tempat engkau pada hati aku . sayang kau sangat ! sangat sangat !

Wednesday, January 18, 2012

" KONDISI "

tuhan benar benar sedang menguji aku
nak melihat jauh mana kekuatan hati aku
nak melihat jauh mana kesabaran hati aku
tapi aku diam saja .

tapi bila makin aku diam
benda tu makin sering bermain main dalam fikiran aku
benda tu makin serinf bermain main dalam hati aku
apa semua ni ?

mungkin tuhan mahu aku mengetahui semua tu
mungkin tuhan mahu aku memahami semua tu
mungkin tuhan mahu aku melalui semua tu
dan mungkin juga tuhan mahu aku menguatkan hati untuk semua tu .

untuk apa yang lepas lepas yang telah terjadi dalam diri aku
aku tak pernah lemparkan kata kata kesat
aku tak pernah lemparkan kasih sayang aku jauh jauh
aku tak pernah lemparkan kemarahan aku
tapi aku cuma diam
diam dalam hati tidak bererti jiwa aku tidak merasa dan berkata kata

aku lemparkan kata kata kesat , kasih sayang dan juga kata kata kesat itu semua
aku lemparkan hanya pada perasaan dan hati aku saja
sebab aku lemah , terlalu lemah
aku tak berdaya nak melakukannya semua tu secara fizikal
tapi aku kuat pada hati .

entah , mungkin tuhan sudah menunjukkan pada mereka
mana baik dan mana satu buruk
sampai mereka kembali datang dalam hidup aku
mengatakan kata kata penyesalan akan semua tu
aku tak buat apa apa pada mereka
yang aku tahu saat terakhir sebelum ikatan putus tu ,
aku cuma katakan jaga diri dan terima kasih untuk semuanya
tiada kata kata yang seperti aku maksudkan sebentar tadi .

mungkin bila mereka keseorangan
mungkin dari situ mereka rasa
mungkin dari situ mereka rasa apa yang telah aku rasakan
cinta aku disampah kan
cinta aku dilemparkan
cinta aku pijak pijakkan
dan cinta aku disia sia
mereka pandang sebelah mata saja hati dan perasaan aku satu tika waktu lalu .

dan bila untuk sekarang aku sudah temui kebahagiaan aku
mereka datang kembali
datang pada aku seperti kucing kurap yang mengemis
maaf , itu yang sesuai aku maksudkan
sebab waktu kau biarkan aku keseorangan dulu
hati dan perasaan aku lebih jauh hina rasanay dari seperti kucing kurap yang aku katakan
banjingan

untuk satu hari tu
aku terima dengan hati , fikiran dan jiwa yang terbuka
aku cuba mematangkan diri
dan aku cuba mengelakkan perasaan ego dan juga agresif
kalau kita marah semua benda tidak akan menjadi
jadi aku cuba mengawal diri
mungkin dari situ mereka akan sedar
sedar siapa aku sebenarnya

aku , aku bukabn siapa siapa
aku cuma mahu manusia biasa
cuma bayangkan diri kau diperlakukan begitu ?
cuma aku mminta diri aku dihargai
itu saja

biarlah semua tu berlalu pergi
aku tidak akan pandang kebelakang
kalau pandang pun , aku cuma menegur negur sebagai sahabat pada engkau

untuk sekarang
hidup aku bahagia dan dihargai oleh seseorang
seseorang yang amat memahami hati dan perasaan aku
aku tak mahu lepaskan peluang peluang
aku tak mahu sia siakan untuk dia

mahu saja panjat bumbung kemudian teriak
"tuhan , terima kasih untuk satu kesakitan satu waktu lalu dan terima kasih untuk kebahagiaan untuk satu waktu saat seperti ini ! "
itu yang ada dalam hati aku
titik .

*jangan disampah sampahkan hati dan perasaan kasih seseorang , kalau kau sendiri tidak mahu disampah sampahkan .

Thursday, January 5, 2012

" UNTUK KAU "

" kalau lah kau boleh baca pengisian dalam hati aku ni macam mana , tak perlu lagi aku perjelaskan selalu untuk apa yang aku cuba sampaikan . kadang aku sendiri menangis , bagaimana aku nak katakan lagi yang aku sayangkan diri kau tu . biar jauh aku berlari pada satu dunia tuk menyatakan perasaan dalam hati aku yang aku sayangkan kau sangat sangat sekali pun , itu pasti tidak sama dengan apa yang sedang aku rasakan . sukar tuk aku perjelaskan semua tu .

tiap kali bermulanya satu pertengkaran , aku akan salahkan diri aku . sebab aku tahu , itu semua masalah datangnya dari aku . aku rasa aku tidak boleh menyalahkan diri kau , sebab aku tahu apa yang aku dah lakukan dan apa yang telah dipersalahkan oleh aku sendiri . dan tiap kali pertengkaran tu juga aku benci dengan diri sendiri aku , sebab aku dah membuatkan kau kecewa dengan sikap aku . tapi kau tetap tidak menafikan semua tu kesalahan aku . dari situ aku mula dengan kecewa terhadap diri sendiri sebab aku telah lukakan hati kau .

jauh dari sudut hati kau , aku tahu kau telah banyak makan hati dan terluka dengan kata kata aku yang mungkin meyinggung perasaan kau . kekuasaan ego dalam diri aku makin tinggi apabila kau cuba memujuk aku , dan itu bukan bermakna aku mengedik gedik untuk menyuruh engkau cuba memujuki aku , tidak . tapi entah . aku rapuh bila kau mengaku itu semua salah kau , aku rapuh bila kau meminta maaf atas kesalahan terhadap diri aku sendiri yang aku dah lakukan . untuk kau , sukar tuk aku mencari masalah yang ada pada diri kau .

kadang seolah aku ni tak berguna langsung buat kau begitu , aku sedar apa yang aku telah lakukan . bila malam makin pekat , mula lah aku membayangi perasaan kesal dan hanya tangis saja aku mampu lakukan . banyak perkara untuk aku sampaikan pada kau , banyak kata kata tuk aku jelaskan pada depan depan wajah kau . tapi aku malu , aku sedih dan aku kesal .

kadang , kalau boleh semua perkara apa yang aku sedang lakukan sekarang , aku mahu ketepikan semua tu dan kau didahulukan bagi aku . meski aku sibuk macam mana pun , aku tetap tidak mahu lepaskan peluang saat saat bersama kau , bagi aku itu perkara bermakna dan penting dalam hidup aku . peluang masa tu tak mahu aku sia sia kan , walau sedetik .

pergi ke sana , ke sini dalam kepala aku ada apa ? ada kau . dalam hati aku ada apa ? ada kau . semuanya ada kau .

untuk tahun baru ini , aku punya azam . tapi tidak perlu lah aku katakan pada siapa siapa , cuma biar ini aku sendiri tahu dan biar kamu kamu semua sedar dan nampak sendiri . insyaallah .

*sayang , aku tak mintak kau percayakan aku untuk tiap perkara apa yang telah aku lakukan . cuma aku mintak kau faham dan rasakan apa yang telah aku lakukan . dari sudut hati , kelak kau akan percaya dari situ . aku sayang kau haziq! "


Sunday, December 25, 2011

" persoalan tidak mahu jawapan "


untuk apa aku mengangkat kaki ini pergi dari hidup engkau
untuk apa aku main lari lari dari diri engkau
untuk apa aku harus toleh pada yang lain
dan semuanya untuk apa ?

bodoh lah aku jika aku berpaling pada arah yang lain
bodoh lah aku jika aku tidak menghargai siapa engkau
bodoh lah aku jika aku tinggalkan siapa engkau
dan bodohlah aku untuk sekian alam pada mata mata dunia .

bagaimana untuk aku teruskan hidup
bagaimana untuk aku terus bernafas dengan baik
bagaimana untuk aku terus kekal berdiri
bagaimana untuk aku mengorak langkah
dan bagaimana untuk semuanya tanpa kau ?

itu persoalan untuk diri aku pada malam malam kelmarin .
aku tak mahu akan jawapan tu
kerna aku tahu jawapan itu menyakitkan .

*sayang , selamat ulang bulan kita yang ke 5 bulan . jangan hilang dari pandangan mata saya , sayang awak tiap langkah hidup saya :')

Monday, October 17, 2011

" kau tahu "


kau tahu tak
yang kau telah membawa aku ke dalam dunia kau
aku pelajari satu persatu dalam tiap langkah perjalanan hidup ni
yang aku nampak , walau hanya sebatang jalan saja
jauh dari pandangan mata ,
kau tetap menyuruh aku toleh pada kiri dan ke kanan .
jangan hanya nampak jalan yang lurus tiada bengkakng bengkok ,
kita tidak toleh pada mana mana pandangan , harus lakukan juga dalam hidup ini .

kau tahu tak ,
yang kau pimpin erat tangan aku dalam dunia kita ni
ya , aku coba mahu kata kan yang diri aku ni lemah .
cuma diri kau saja yang dapat mengukuhkan dan kuatkan diri kau tu
untuk menjaga hubungan kita ni .
berulang kali aku melakukan kesilapan yang sama
dan berulang kali kau tetap memaafkan diri aku ni .
seperti engkau memimpin erat tangan aku tuk menempuh liku liku hutan di bukit broga .
dari permulaan hingga tamat hujung bukit kau tidak lepaskan genggaman tu .
dan aku harap kita sama sama dapat menempuh peejalanan dunia kita satu persatu bersama sama .

kau tahu tak
yang aku terasa mahu panjat pada bukit kemudian teriak
" azick , aku sayangkan kau . janji dengan aku bawa hubungan kita ni sekuat semana yang boleh sampai ke garisan penamat "
meskipun walau bukan satu dina mendengar , tapi manusia yang lain akan mendengar dan mengetahuinya .
biar dan peduli apa orang mahu kata , hati kita siapa yang rasa .

dan terakhir sekali kau thau tak ,
yang kau satu satunya
seseorang yang pernah membuatkan aku terasa di hargai , bahagia hidup semua dalam dunia kau .
dalam dada ni berdegup kencang ,elonjak lonjak
seperti dunia ini aku yang punya .

#untuk kau , tolong jangan hilang dari pandangan mata ini . meskipun hilang dari pandangan bayangan mata aku . aku bisa rapuh jatuh dan tersungkur kembali sekali lagi . aku mengaku , yang aku terlalu takut kalau kau hilang dalam hidup aku .

" TIGA PURNAMA "


terima kasih untuk purnama kita ynag ke tiga , aku harap dari bulan kita dapat melangkah ke tahun yang seterusnya bersama sama . sayang aku pada engkau hanya tuhan saja yang tahu bagaimana . sukar tuk aku jelaskan dengan kata kata . maaf jika seolah aku ni tampak seperti aku tidak menghargai siapa engkau . kadang kita sukar tuk menunjukkan perasaan sayang kita pada seseirang itu bagaimana . tapi , hanya kau dan aku saja akan merasa bagaimana sayangnya aku pada diri kau tu . makin hari makin lain perasaan aku pada engkau . banyak sudah kau lakukan untuk aku , apa yang aku mahu kan kau pasti ada berada di sisi aku . ah , aku buntu nak membalasnya bagaimana . cuma aku tak akan persiakan diri kau tu , aku tak akan membodohkan diri aku untuk benda yang lain .


kalau boleh , mahu saja aku tidak mahu lepaskan gengaman tangan aku pada engkau . erat lah pegangan tu , bawa aku ke dalam dunia kau tu . bawa aku ke garisan penamat kita secepat yang mungkin . haihh , rindu . rindu tu makin menjerit teriak ' oiiii , aku sayang kau . sayang aku lebih dari kau sayangkan siapa aku ni ' boleh tidak aku mahu jerit dari atas bukit ? kalau aku bisik kau saja boleh dengar apa tidak mungkin jika aku teriak dari atas bukit sana ?

dan terakhir sekali , terima kasih sangat sangat tidak terhingga . biar lah aku ucapkan perkataan terima kasih jauh mana pun . kasih kau tu lebih tinggi dari kata kata aku . terima kasih dan terima kasih sekali lagi .

#iloveyousomuchbaby

Friday, September 23, 2011

" MAKIN KUAT "



" makin hari aku makin sayang kan kau tiap detik saat , minit , jam , hari , minggu , bulan dan harap seterusnya tahun tahun akan datang "

#iloveyouazick (:

Thursday, September 15, 2011

" DUA BULAN KITA "

" aku suka betul bila kau pegang erat tangan aku dengan sekuatnya . aku dapat rasakan apa yang ada dalam dada kau . dan aku suka betul bila saat kau bertentang mata dengan aku dengan tajamnya . sebab aku dapat rasakan sesuatu dari anak mata kau yang kecil tu . dalam diam hati aku berbisik , indah . aku nampak indah dalam biji mata kau tu , terlalu jujur . perkara yang menjadi hobi kau ialah bisik pada telinga aku ' baby , i love you ' . eh , suka aku dengan apa yang kau lakukan . comel sangat lah , ye comel . comel macam kangaroo yang kau suka sangat kan tu .

setipa kali bersama pasti kau akan tanyakan adakah aku rindu kan kau lagi tak ? aku sayang kan kau ? pertanyaan tu tak akan putus putus kalau aku tidak menjawabnya . tapi sering kali aku akan menjawab tidak . tapi dalam hati aku siapa saja yang tahu yang aku selalu teriak , oiii aku rindukan siapa engkau . aku terlalu sayangkan siapa engkau tu . saja aku menyakat hati kau tu .

sayang aku pada engkau lebih tinggi dari menara klcc yang tersegam indah di kota kuala lumpur tu . tapi lagi tersegam indah lagi kasig syaang dan cinta aku pada kau yang tersemat rapi terpahat dalam hati aku ni . hebat kan ? heehe . poyo , tu je aku mampu kata kan .

eh pakwe , selamat ulangbulan dua bulan untuk kita tau . terima kasih untuk apa yang telah kau lakukan pada aku . aku tak mahu sia sia akan siapa engkau . sayang aku pada engkau macam pumba pumba yang omel tahu . hewhew . eh sudah lah , malas nak taip lagi . kbye " .

#happy two month baby , iloveyou !