Wednesday, October 13, 2010

SATU JAM SAJA



jika dibenarkan satu jam
saya mahu putarkan kembali
saat , minit juga jam yang berputar putaran
yang telah pergi itu
takkan saya mahu lepaskan saat saat itu .

jika dibenarkan satu jam
saya mahu bersama awak
saya mahu dakap awak
seerat eratnya
akan saya pejamkan mata
dan tidak mahu membukanya
agar semua ini tidak bertukar kembali .

jika dibenarkan satu jam
saya mahu tenung dan renung mata awak
dengan sebuah senyuman
walau ianya punya
tersirat dan juga tersurat .

jika dibenarkan satu jam
saya tidak mahu lepaskan gengaman tangan saya
akan saya pegang erat
jari jemari juga akan terhimpit
kerna saya tidak mahu lepaskan saat itu

jika dibenarkan satu jam
dan saat hanya tinggal seminit
sekali lagi saya akan dakap awak
dan akan saya bisikkan kata kata pada awak
harap juga ianya dapat dibisikkan juga di hati
yang saya . .
saya rindu awak .

selepas perginya satu jam itu
diri saya akan sedar kembali
dicelikkan mata
hati berdetak
air mata mula menjadi bergenang .

saya sedar dan bencikannya
yang saya tidak dapat membohongi
yang saya rindukan awak sesangat
walau ianya menyakiti hati saya
saya tepis saya lemparkannya jauh jauh
tapi . .
tidak .

sekali lagi jika dibenarkan satu jam
saya tidak mahu mengenali diri awak
saya tidak mahu tahu siapa diri awak
dan mungkin ianya tidak menjadi begini
saya tidak mahu menyakiti diri awak
dan saya juga tidak mahu awak menyakiti hati saya
tapi . .
saya akan tetap menghargai diri awak .

satu jam saja lagi
mungkin juga saya tidak akan melupakan siapa awak sebenarnya .

*bintang bisikkan padanya , yang aku bermimpi dan aku rindukannya .

4 comments:

  1. ouch ! what r nice word , sedeyh , btw u , i ske sgtt u pny blog , nice , i slalu update u pny blog , sy x copycat ok , dun worry

    ReplyDelete
  2. hey anyss , tengs sngat sngat ok always update i pnye blog . i hargai tu . :)

    ReplyDelete